Ismail bin Haji Omar
Comments on article: InfopediaTalk
Ismail bin Haji Omar atau nama penanya Noor S.I. dilahirkan pada 5 Ogos 1933 di Changi Road, Singapura. Beliau menerima pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Kota Raja hingga darjah lima; sekolah Arab selama dua tahun dan akhirnya bersekolah Inggeris tetapi tidak dapat menghabiskan pelajarannya. Pernah berkhidmat sebagai pembantu doktor (dresser) di rumah sakit; juru ukur di Jabatan Ukur Singapura; dan penolong editor di Pustaka Nasional Singapura. Beliau aktif dalam Asas 50 dan produktif dalam menghasilkan banyak karya dalam genre cerpen, drama, rencana dan sajak. Beliau sering dikaitkan dengan A.S. Amin dan M. Ghazali sebagai penyair yang merevolusi penulisan sajak dengan sajak-sajak yang penuh perlambangan dan sukar difahami maknanya. Noor S.I sangat terkenal kerana sajak-sajak kaburnya. Beliau meninggal dunia pada 26 November 1990.
Noor S.I. juga giat dalam kegiatan-kegiatan persatuan penulis di Singapura. Beliau pernah menjadi anggota Jawatankuasa Membaca Sajak (1955-1971); anggota Jawatankuasa Malam Chairil Anwar (1957); Setiausaha Penyair Angkatan 50 (1961-1975/1976); dan anggota Sidang Pengarang majalah Sasterawan sejak tahun 1971.
Karya
Bingkisan angkatan baru: Antologi bersama. (1956). Kuala Pilah: Pustaka Hang Tuah.
Setanggi waja: Kumpulan sajak. (1960). Singapura: Malaysia Publishing House Ltd..
Puisi baharu Melayu 1942-1960. (1961). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rakaman roh: Sajak-sajak pilehan 1953-1961. (1963). Kuala Lumpur: Marican.
Sajak-sajak Melayu baru 1946-1961 (Modern verse 1946-1961). (1969). Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.
Printis sajak-sajak Melayu: Antologi bersama. (1971). Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.
Dayang petani. (1974). Singapura: Pustaka Nasional.
Mana bulan mana bintang. (1974). Singapura: Pustaka Nasional.
Puncak sembilan. (1975). Singapura: Pustaka Nasional.
Orang bertiga: Antologi sajak penyair kabur, Noor S. I., A.S. Amin, M. Ghazali. (1980). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Puisi-puisi Nusantara. (1981). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewi alam dan burung senja. (1986). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Pencapaian/Anugerah
1985 : S.E.A Write Award dari Kerajaan Thailand.
1999 : Anumerta Tun Seri Lanang MBMS.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 106-107). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Noor S. I., 1933-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature
nlbdltxmy:Sastera Melayu
nlbdltxmy:Sastera Melayu Singapura>>Penulis Melayu Singapura