Abdul Wahab bin Hamzah

Written on 27-Nov-2007
National Library Board Singapore

Comments on article: InfopediaTalk

 

Abdul Wahab bin Hamzah juga dikenali sebagai A.Wahab Hj. Hamzah. Dilahirkan pada 2 Februari 1947 di Pulau Damar laut, Singapura. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pulau Bukom; Sekolah Menengah Kallang (1960-62); Sekolah Menengah Sang Nila Utama (1962-64); Maktab Perguruan Singapura (TTC) (1965-68); calon persendirian HSC (1971); Sarjana Bahasa & Sastera Melayu Indonesia, Universitas Nasional Jakarta Indonesia (UNAS) (1985); Diploma Pendidikan Lanjutan (ADE) (1992); dan Diploma Linguistik Universiti Nasional Singapura (1995). Mula menulis puisi pada tahun 1964 dan aktif menulis cerpen dan puisi pada tahun 1997. Cerpen Keputusan merupakan yang pertama tersiar di Berita Minggu pada tahun 1997 dan sebuah sajak tersiar di ruangan Bicara Puisi di Radio.

Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa di sekolah menengah Singapura; Guru Bahasa Melayu Lanjutan di Pusat Bahasa MOE (1990-1996); Guru Kanan Bahasa Melayu (1997-2003) dan bersara pada tahun 2003. Kini, beliau merupakan pembimbing sambilan Penulisan Kreatif & Tip untuk Peperiksaan Bahasa Melayu G.C.E peringkat O. Beliau bergiat dalam Jawatankuasa Penduduk (RC) Pasir Panjang ZONE 2 (1975-1986); anggota Jawatankuasa penduduk Islam Dover Road (1975-86); Jawatankuasa (Penolong Setiausaha) Masjid Al-Khair (1986-1988); anggota Jawatankuasa Madrasah Al-Irsyad (1994-1995); anggota Jawatankuasa KGMS (1990-2002); anggota Jawatankuasa Asas 50 (1990-2003); anggota Jawatankuasa Pertemuan Sasterawan Nusantara (1991 dan 2003 ); dan panel Juri Hadiah Sastera MBMS bagi Antologi Puisi (2003).

Karya
Pertemuan kedua: Antologi cerpen penulis-penulis Singapura-Johor-Riau. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Igau: Kumpulan cerpen. (1999). Indonesia: Persama Indonesia.
Tuhan masih sayang: Antologi cerpen. (2002). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Krisis: Kumpulan cerpen Li Jian. (2002). Singapura: Singapore Literature Society & Toko Buku Haji Hashim.
Berlalu sudah dukanya. (2005). Singapura: EDN Consultant.

Pencapaian/Anugerah
1982 : Hadiah Penghargaan JHS: Cerpen Hidup satu persinggahan.
1983 : Hadiah Kedua JHS: Cerpen Ajal.
2001 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Igau.
2003 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Tuhan masih sayang.
2004 : Cerpen Genggamnya terlerai dan Igau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan termuat dalam kumpulan cerpen Segelas wine dan Secawan susu oleh Chan Maw Woh; Antologi cerpen Tuhan masih sayang dicalonkan bagi Anugerah Singapore Literature Prize NBDCS.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 64-65). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.


Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Abdul Wahab bin Hamzah, 1947-
Authors, Malay--Singapore—Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.