Abdul Samad Bin Salimin

Written on 19-Nov-2007
National Library Board Singapore

Comments on article: InfopediaTalk

 

Abdul Samad bin Salimin atau nama penanya Asmin dan Biduan Malam dilahirkan pada 7 Disember 1955 di 23 Jalan Yahya, Kampung Melayu, Jalan Eunos, Singapura. Beliau mendapat kelulusan G.C.E peringkat O daripada Upper Serangoon Technical School. Kemudian meneruskan pelajaran secara calon persendirian untuk mendapatkan kelulusan G.C.E peringkat A. Beliau juga memiliki National Trade Certificate in Building Drafting, National Certificate in Construction Supervision, Certificate in Building Construction Safety Supervisor dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (HRM) Universiti La Trobe Bendigo, Melbourne. Kini, beliau mengikuti program Sarjana Perniagaan (MBA) di Universiti Charles Sturt, Sydney. Beliau bertugas sebagai Eksekutif Pembangunan Masjid, Muis. Beliau mula menulis pada awal tahun 1975 dalam genre puisi, cerpen, esei/kritikan, lirik lagu dan skrip.

Abdul Samad pernah menjadi anggota Jawatankuasa Asas 50; pemangku Setiausaha Badan Kesenian Melayu; mewakili Singapura di World Poetry Reading di Kuala Lumpur (1995 & 1997); mewakili Singapura di 2nd ASEAN Literary Workshop, Makati, Manila (1995); mewakili Singapura di Singapore Writers Week (1986, 1989, 1990 & 1997); anggota Panel Juri bagi Anugerah NBDCS; anggota panel Juri bagi Anugerah Persuratan MBMS; anggota tetap Majlis Sasterawan Nusantara bersama Masuri S N; pengadil tetap Peraduan Bahas 4PM (1998-2001); dan pernah berkhidmat sebagai anggota redaksi akhbar mingguan Aneka.

Karya
Gema Temasik. (1983). Singapura: Majlis Pusat.
Puisi Temasik. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
The poetry of Singapore. (1985). Singapore: ASEAN Committee on Culture and Information.
Antologi puisi-puisi ASEAN. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Words for the 25th: Readings by Singapore writers. (1990). Singapore: Unipress.

Pencapaian/Anugerah
1979
: Hadiah Sastera JHS: Puisi Nyamuk.
1981 : Hadiah Sastera JHS: Puisi Udara.
1985 : Hadiah Sastera (Penghargaan) JHS: Puisi Sebuah pondok tua.
1986 : Hadiah Pertama Sayembara Cerpen NBDCS: Cerpen Panas tanahnya.
1986 : Puisinya bertajuk Nyamuk dipilih oleh NAC dan dipamerkan di dalam gerabak MRT pada tahun 1996 untuk projek Poem on the MRT tajaan Bank OCBC.
1997 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Puisi Tikus.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 62-63). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.


Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Abdul Samad Bin Salimin, 1955-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.