Abdul Jalil bin Abdul Kadir

Written on 27-Nov-2007
National Library Board Singapore

Comments on article: InfopediaTalk

 

Abdul Jalil bin Abdul Kadir atau nama penanya Ajaki dilahirkan pada 15 November 1948 di Keppel Harbour, Singapura. Pernah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Pasir Panjang (1964); kemudian berpindah ke sekolah Menengah Yusof Ishak (1966); dan Maktab Perguruan Singapura (1970). Beliau memperolehi kelulusan GCE peringkat A pada tahun 1981 (sebagai calon persendirian). Mula menulis pada tahun 1965 dalam bidang puisi. Karya beliau pernah diterbitkan di majalah sekolah Jasmani (1966). Namun demikian, mula menulis secara prolifik sejak di Maktab Perguruan Singapura. Beliau pernah menulis sajak, cerpen, esei dan kritikan serta melukis.

Abdul Jalil pernah bertugas sebagai seorang guru sekolah rendah; penterjemah di Kementerian Pendidikan; editor bahagian Melayu majalah keluaran Kementerian Pendidikan Teacher Rostum. Beliau bersara daripada profesi pergururan pada 17 Januari 2005 setelah berkhidmat selama 37 tahun. Sekolah Rendah Greenridge merupakan sekolah terakhir beliau mengajar. Beliau sangat prolifik dalam bidang puisi.

Beliau amat aktif dalam kegiatan persuratan. Beliau merupakan Johan Bahas Maktab Perguruan Singapura (1970); anggota KGMS; anggota Angkatan Sasterawan 50 dan pernah memegang jawatan setiausaha II Asas 50 (1972/1973 & 1975/1976); ahli APAD (1981); antara pengasas Grup Gelorasa; dan Setiausaha II Malam Gelorasa II (1972).

Karya

Puncak sembilan. (1975). Singapura: Pustaka Nasional.
Puisi Temasik 12-13 Disember 1981. (1981). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis Singapura. (1987). Singapura: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 57-58). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.


Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Abdul Jalil bin Abdul Kadir, 1948-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.