Abdul Aziz bin Pakkeer Mohamed

Written on 27-Nov-2007
National Library Board Singapore

Comments on article: InfopediaTalk

 

Abdul Aziz bin Pakkeer Mohamed atau nama penanya Azizfakir; Rubiah Abu; dan Melati Desa dilahirkan pada 21 Oktober 1940 di Lorong Engku Aman, Singapura. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Geylang (19461953) dan Maktab Perguruan Singapura (19591962). Mempunyai kelulusan GCE peringkat A (1967) dan Bahasa Inggeris Menengah 4 melalui program LGPD (1966). Pernah bertugas sebagai guru (1959-1997). Beliau bersara pada tahun 1998. Mula menulis pada tahun 1960. Bidang penulisan beliau ialah sajak, cerpen, drama dan esei kritikan. Selain menulis, beliau juga berkebolehan dalam bidang lukisan.

Beliau pernah menjadi editor majalah Cahaya dari Menara Masjid An-Nur (1994-1996); editor Singapore National Printers (19992001); penerbit buku (Image Printers), pelukis grafik dan iklan (2000-2001); Penyambut tamu di YMCA (2001-2003); dan penulis majalah Riang Ria terbitan EDN (20022003). Beliau juga merupakan Presiden Indra Kirana Sembawang CC Management Committee (PA) (19841988) dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Masjid An-Nur (1986-1989). Sejak tahun 2004, beliau bertugas sebagai guru sambilan. 

Abdul Aziz sangat prolifik menghasilkan karya-karya di akhbar Berita Harian, Berita Minggu, majalah Aneka, majalah Citra, majalah Dian, Gelanggang Flem, Straits Times Billingual Section, Dewan Sastera (DBP), dan Direktori Perkahwinan. Beliau juga pernah mengadakan pameran lukisan Contemporary, APAD (1973-1975) dan Pameran Trend 74 (1974).

Karya
Akhirnya sebuah pembalasan: Drama pentas. [1986?].
Jamil dan Jamilah. (1986).
Senja di hujung perjalanan: Drama pentas. [1987].
Penyesalan di pangkuan ayah Ujub. (1988).
Balada seorang seniman (Karya bersama). (1989).
Kelahiran: Puisi-puisi pilihan 1960-1980. (1984). Singapura: Image Printers.
Senja di pantai. (1985). Singapura: Image Printers.
Jamu. (1988). Singapura: First Printers.
Akar Hikmat. (1989). Singapura: First Printer.

Pencapaian/Anugerah
1977
: Anugerah Puisi Kementerian Kebudayaan: Puisi Nuklear.
1981 : Anugerah (Penghargaan) Book Review Marine Parade CC: Buku Ruyub Shaari Awang Besar.
1997 : Long Service Award MOE.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 51-52). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.


Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Abdul Aziz bin Pakkeer Mohamed, 1940-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.