Juffri bin Supaat

Comments on article: InfopediaTalk

Juffri bin Supaat dilahirkan pada 8 Disember 1967. Beliau mula menulis sekitar tahun 1984 dengan menyumbang ulasan buku, penulisan esei, cerita pendek dan puisi kepada Berita Harian/Berita Minggu dan penerbitan lain seperti Dewan Sastera dan Pelita Bahasa.

Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Westlake (G.C.E Peringkat O) dan Sekolah Menengah Beatty (G.C.E Peringkat A). Selepas menjalani Perkhidmatan Negara, beliau mengikuti kursus Diploma Lanjutan Perhubungan Massa Institut Pembangunan Pengurusan Singapura dengan kerjasama Universiti Oklahoma City (1996). Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Journalism and Media Studies The University of Queensland dan Sarjana Pendidikan Queensland University of Technology (2004).  

Dalam dunia persuratan beliau pernah dilantik ahli panel Perbincangan Sastera bersama Pelajar di Maktab Rendah Tampines anjuran KAMUS pada tahun 1995 dan Minggu Penulis Singapura, anjuran NAC pada tahun 1995. Beliau merupakan anggota Angkatan Sasterawan 50 yang banyak menyediakan prasarana bagi aktiviti-aktiviti persuratan setempat. 

Juffri juga bertanggungjawab merancakkan aktiviti persuratan Melayu dengan menjadikan perpustakaan sebagai tempat memasyarakatkan sastera dan Bahasa Melayu di Singapura. Beliau juga bertanggungjawab dalam merencanakan rangkaian dengan belia melalui Institusi Pengajian Tinggi dan pertubuhan persuratan tempatan.

Karya
XXL Anak muda julung berkeris. (1999). Singapura: Juffri Supaat & fnd:werx.
Rentas tinta (Terbitan bersama). (2003). Singapura: National Library Board.
Menyongsong pelangi: Antologi sajak dan cerpen penulis Asas '50. (2005). Singapura: Angkatan Sasterawan '50.

Pencapaian/Anugerah
1992
: Hadiah penghargaan Anugerah Saadon Ismail PWMS: Puisi Generasi Baru.
1993 : Hadiah utama Anugerah Saadon Ismail PWMS: Puisi Hidayah.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 115-116). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.

Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Juffri Supaat--Biography
Authors, Malay--Singapore--Biography
Poets--Biography
Award winners--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature
nlbdltxmy:Sastera Melayu Singapura>>Penulis Melayu Singapura
nlbdltxmy:Biografi

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2008.